Thursday, October 22, 2009

Dia Garang Sangat

Abah saya adalah seorang yang sangat garang. Tahap kegarangan dia kadangkala tidak tercapai dek akal. Dia sangat garang. Tapi dengan kawan kawan dia boleh bergelak ketawa, bergurau senda.

Abah garang sangat. Dulu jarang berbual dengan abah. Bukan jarang, tapi tak pernah. Masa sekolah dulu, kalau hari sekolah, abah tak bagi keluar dari pagar rumah. Kawan kawan kalau datang rumah tak boleh naik atas masuk bilik.  Betis kalau tak berbirat tak sah, tiap tiap minggu mesti ada je sebab kena rotan dengan abah. Abah dulu lagi percaya cakap orang dari cakap anak dia sendiri. Pernah sekali kena rotan and pukul dengan abah sebab ada seorang makcik ni mengadu kat abah saya jumpa budak lelaki belakang kedai. Sumpah lillah abah, malam tu memang saya tak keluar mana mana pun. Sedih sangat masa tu.

Percaya tak kalau saya cakap saya pernah kena tumbuk dengan abah sebab mengaji alif ba ta tak pandai pandai masa dia mengajar. Abah patience level dia mengajar anak anak sangat rendah, so lepas dari itu, abah panggil ustaz datang rumah ajar mengaji. 

Masa keputusan SPM keluar, rasa menggigil lutut nak beritahu abah yang saya dapat pangkat 2. Beritahu mak je, sebab nanti mak yang akan jadi the bearer of bad news to abah. Ingat lagi hari tu, hujan renyai renyai, senja, abah baru balik kerja. Dia masuk bilik terus mintak buku UPU. Dalam sepuluh minit lepas tu, dia masuk balik bilik saya and dengan garangnya campak buku UPU and marah marah sebab kalau nak ikutkan result, memang tak layak nak apply mana mana universiti pun.

But I got in. Abah lupa anak abah english berabuk. Masa tu la…rezeki, alhamdulillah.

Masuk universiti 5 tahun. Dari matrix sampai ke degree. Tapi kena mengaku, masa belajar saya main main. Sibuk bercinta, assignment selalu lambat siap. Tapi percaya tak kalau saya cakap English spoken and written saya lagi dasyat daripada those yang bergraduat dengat first class honours. Hari konvokesyen, abah datang. Tapi masa duduk, abah terbaca dalam buku program yang nama anak dia yang sorang ni dalam column third class honours. Tapi still honors ya…abah marah sangat. Marah and malu. Abah terus keluar dari Dewan and tak tengok pun anak dia yang sorang ni bergraduat. Kawan kawan lain sibuk pergi studio gambar dengan keluarga masing masing pakai jubah pegang scroll and backdrop dia mesti rak buku. Tapi saya tak, satu gambar studio pun tak ada. Yang ada gambar pakai jubah adalah dua tiga keping yang sempat ambik dengan kawan kawan.

Tapi…

Dalam garang garang abah…saya tahu abah sayang saya.

Masa kecik kecik dulu, sampailah ke sekolah menengah, kalau abah tahu saya demam, balik dari kerja abah mesti terus masuk bilik, rasa dahi and bawak pergi klinik.

Dulu masa darjah 2-3, saya suka tertidur depan tv. Tapi nanti abah yang akan angkat saya naik bilik masuk tidur. Mesti nak patah pinggang abah rasanya kan, ye la dah darjah 2-3, bukannya kecik lagi. Mak pernah cerita, masa saya baru baru masuk universiti, the first few nights abah mengigau, mengigau panggil mak saya suruh bukak pagar sebab saya balik.

Dulu masa sekolah, keluarga saya bukan dari keluarga yang senang. Walaupun abah seorang PTD masa tu. KFC cuma makan sebulan sekali, masa abah baru dapat gaji. Ingat lagi, baju baru dapat rasa setahun sekali je, masa Hari Raya. Abah dulu masa nak belikan baju raya, abah guna kredit kad. Baru beberapa hari lepas mak cerita, masa tu abah tak ada duit nak belanja, terpaksa guna kredit kad. Rasa sayu tiba tiba.

Masa saya dalam final semester and going through practical training, saya ada seorang lecturer yang sangat psycho. Dia tuduh saya tak bertanggungjawab sebab saya tak beritahu dia hari Isnin tu saya cuti. Saya bukan tak beritahu, saya dah call, dia tak angkat, saya tinggalkan voicemail tapi dia tak check. Masa tu mana ada handphone lagi. Saya kena berjalan pergi cari public phone. Lecturer tu maki hamun saya, cakap saya bloody idiot and stupid bitch, and she made my pratical training a living hell. Dia failkan saya, and I actually had to repeat a whole semester, sepatutnya lah. Tapi abah saya tolong saya, he taught me to fight my case. He made me go see the Vice Chancellor, he even wrote my case proposal for me. Abah even to the extent tolong call lecturer saya tu ajak jumpa and discuss.  Baik kan abah saya. Bila fikir balik, kesian abah saya, mesti dia susah hati masa tu.  Dalam marah marah abah sebab saya graduate dengan third class honors, tapi bila tahu first posting saya adalah di Hulu Yam, abah ambil cuti and hantar saya ke sana. Abah and emak yang sibuk carikan rumah sewa. Abah yang tolong cuci rumah. Tebas lalang keliling rumah. Abah belikan set bilik tidur lengkap untuk saya masa tu. Sampai sekarang saya guna lagi set tu. Sentimental values for me.

Abah bukan seorang yang ekspresif, seumur hidup saya, tak pernah dengar dia kata yang dia sayangkan saya. Tapi sekarang baru saya faham, sebab saya pun macam dia juga sampai ramai ex-boyfriend saya breakup dengan saya sebab diorang kata saya tak ekspresif. Saya memang tak akan say it verbally or in words, susah sangat, but I do show it through the things I do, macam abah saya. Dia akan buat apa saja untuk menggembirakan hati anak anak dia.

Itu abah saya, dia garang sangat. But I do know that he loves me in his own way yang susah sangat untuk difahami.

p/s; This post was inspired after watching the movie PAPADOM. I strongly recommend you go and watch.

7 comments:

azman said...

aku rasa, kisah hang ni boleh buat iklan sempena hari bapa.
sadly yasmin ahmad allready gone,
should try afdlin

Mata Hari said...

I have watched papadom n loving it..

Baca ntry ni, teringat arwah ayah yang sama mcm abah awak. Garang tapi kita tau dia sayang...

Hazira said...

speechless..............

Cinta said...

Azman,
Aku try buat short movie sendiri lah, hang kena jadi audience pertama.

Matahari,
cuba dengar lagu buuterfly kisses

Hazira,
sejak bile pandai speechless lak ni

FH in space said...

Papadom? I will surely go and watch it!
Btw, ur writing sure brings back my memories with my arwah abah.

suhaila said...

aku nangis....teringat arwah mak...garang gak...suka cubit2 kite dl...tp kite tau, dia sgt syg kat kite, dia nk kite besar jd manusia berguna.,....btl x cinta....?

Cinta said...

FH,
doa kita semua sentiasa untuk abah abah kita...

suhaila,
jangan nangis yaomi..and we did become manusia berguna kan? :) ke?? Love u..